I missed you..

Rindunya saya dengan anak2 tika dan saat ini. Rindu yang tidak terkata. Bagaimana keadaan mereka sebelum tidur malam tadi?

Saya sekarang masih berjaga. Tidak mampu lagi melelapkan mata. Biasalah tabiat saya bila bertukar tempat beradu.

Berada jauh dari anak, walau hanya sejam lebih perjalanan tapi membuatkan saya tidak mampu berulang alik. Rindunya dengan mereka. Merengek2kah Aiman bila tidak dapat mencium bau emaknya. Bagaimana pula dengan Amir..?

Oh..oh…sayakah yang berlebih2 rindu ini? Saya perlu tidur untuk sediakan diri dengan program esok..

Saya telah diminta hadir ke Kursus Perancangan Strategi dan Senario. Maka berjauhanlah saya sepanjang hujung minggu ini dengan anak2 dan ayahnya..rindunya!

psstt..masih belum sempat mengupdate cerita Taiping. Nanti ya..

From Taiping With Love

Sabtu, 16 Januari 2010.

Awal pagi, kami bertolak ke kelas hubby. Hubby berjanji sebelum jam 1 tghari, kami akan berada di jalan tinggi, jalan atas? oh..highway..

Amir paling excited. Seronok nak pergi zoo..



Jam melewati 12 tengahari, kelas hubby berakhir. Bertolak terus ke Taiping. Sampai dalam pukul 3 petang, kami check-in.


Penat jugak yer walaupun perjalanan taklah jauh sangat. Petang kami keluar makan dekat dengan balai bomba. Dah lupa zaman bercinta dulu makan kat mana yang best. Bolehlah tahan. Order Yong Tau Fu tak dapat. Huwaaa! Penjual tu duk sembang ja ngan kawan dia sampai lupa customer.. Huh!

Lepas makan,kami terus g Taiping Mall. 5 kali pusing cari parking. Lastly parking kat Tesco Taiping. Dua bangunan ni bersebelahan ya, untuk pengetahuan orang luar Taiping. Tapi kalau saya jadi tauke Tesco tu saya buat pagar tinggi2. Sebab orang yang parking kat Tesco akan pergi Taiping Mall. Parking Tesco penuh sesaja. Orang tak masuk Tesco. Tak tau plak kalau depa dua bangunan ni ada share…

Taiping Mall ni untuk bawak family makan2.. bolehlah. Kalau nak shopping barang dapur kat Tesco ya. Kami membuang masa menurut kehendak hubby yang nak sangat masuk tengok Taiping Mall. Amir dah mula nak merajuk dah. Masuklah ke Tesco pulak sebab nak beli air mineral, roti dan segala bagai sikit2. Amir dah mula tak larat. Penat memujuk budak 6 tahun ni..

Maka perjalanan pun diteruskan ke Night Safari. Amir kembali bersemangat.
Seronok berkeretapi tapi tak puas sebab banyak haiwan sudah tidur. Si Ayah ajak datang lagi waktu siang di lain hari. Tunggulah Aiman besar sikit, bolehlah berjalan sendiri.



Ambil gambar pun gelap2 ja…

Balik Night Safari. Semua tertidur keletihan.

Esoknya, bersarapan di dalam bilik sahaja. Anak2 bangun lambat. Bersiap2 untuk check out.. Sempat lagi ke Sky Bar dan pool..



Selepas check out, kami terus ke Taman Tasik Taiping. Sesi bergambar bermula. Nasib baiklah sekarang zaman digital. Kalau zaman filem dulu, mau 3/4 roll habis..

Sedikit sebanyak snap sekitar Lake Garden.





Terus balik ke SP. Anak-anak tertidur keletihan. Ayahnya kerja malam..Kesian En Asben..

Tambahan snap gambo anak2..









Sekian..

Kebosanan…

Hmm.. Kebosanan.. ada ke frasa ke dan an macam tu? erm.. adelah kot..diadakan oleh Puan penulis blog hitamputih..hikhik..

Entah apa yang melanda dan dari mana datangnya.. Bosan betul saya. Sudah beberapa hari melayan rasa. Apa perlu saya buat?

Rasa ini benar2 mengganggu. Mengganggu urusan kerjaya dan juga masa2 peribadi saya.

Serasa mahu bercuti dan melakukan aktiviti sendiri. Perlukah?

Iklan di radio

Entah angin apa dua, tiga hari lepas, waktu nak g kerja aku on radio.. huh! perubahan sebab pertambahan usia nih..

Adalah satu iklan tu..

Mula2 si emak tu tanya anak2 dia.. “antara guruh dan kilat mana laju?” ayat aku jer nih..dalam iklan tu ayat susun cantik dah.. aku yang tak ingat..

Jawab si anak :Kilat
Emak tanya lagi : Antara kilat dengan adik siapa laju?
Anak jawab : Entah..tak ingat..
Emak : Adiklah laju bila emak gorengkan nugget tempura dotdotdot.
Emak : Nugget tempura dotdotdot membuatkan anak anda laju sepantas kilat…

Tadi dia kata kilat laju. Lepas tu dia kata anak dia laju. Yang mana satu sebenaqnya yang laju? Sepatutnya ayat dia yang last tu, nuget tempura dotdotdot..membuatkan anak anda lebih laju daripada kilat…

Iklan kadang2 dibuat tanpa tapisan. Rakyat yang mendengar menjadi pemikir… dan siaran radio jadi tak menarik lagi..

Kawan lama..

Dalam berFB, aku selalu juga cari kawan2 lama zaman persekolahan dulu. Tapi kebanyakan nama yang aku cari takde dalam FB. Mungkin nick yang diguna glam2 belaka. Tak seperti aku yang pernah dikata nick tak glamer lah kak.. ahahaha.. kang letak nama britney dah orang tak kenal lak..hikhik.

Anyway, teringat seorang kawan lama. Taip nama dan terjumpa, huluran menjadi teman disambut.

Hari ini, aku mengambil peluang atas kelambatan mengupdate web opis, aku layari segala hal tentang dia, dari FB sehingga FP (fotopages). Tapi aku jadi kaku, tiada satu ayat pun aku keluarkan untuk memulakan kembali persahabatan dulu.

Dia pernah menjadi sahabat karib aku (bagi akulah) suatu masa dulu. Malah air mata aku pernah tumpah kerana persahabatan kami. Aku rindu pada kisah2 zaman persekolahan bersama dulu.

Semuanya mungkin hanya tinggal kenangan… Tengoklah nanti, pada suatu hari yang tenang. Aku akan memulakan bicara emas itu..

Saya berasa gembira..

Merasa atau berasa? Apa bezanya ya? Merasa, ambil dan nikmati, kita ambil sendiri dan melakukan perbuatan itu sendiri. Berasa, perasaan yang terbit dari hati. Bukan dibuat2 dan tidak boleh dilakukan secara lahiriah.. Betulkah? Ada cikgu BM disini?

Saya sendiri tidak tahu puncanya. Mungkin kegembiraan yang bermula dirumah terbawa2 sepanjang hari. En suami telah menyirami kegersangan dompet saya hari ini. Alhamdulillah..

Awal pagi lagi telah mengadap boss hensem. Bercerita tentang kerja2 yang telah disiapkan sepanjang dia bercuti dan perancangan untuk satu projek akan datang. Satu lagi kegembiraan buat saya.

Boss seorang lagi bertanya tentang laman web rasmi pejabat hari ini. Saya dengan gembiranya memaklumkan, laman web telah dikemaskini. Dia akan semak.. Saya tidak risau. Malah gembira.. Ini menjawab persoalan saya tentang bilangan viewer laman web ini sejak 1 Januari, mencanak2 sehingga 102 viewer.

Apapun saya masih gembira sehingga hampir berakhir waktu kerja hari ini. Syukur padaMu..

Selamat Tahun Baru…

Masih belum terlambat kan?

Hmm.. Berangan nak post dari semalam tapi letih terus tertidur. Sambung berangan sampai habis hari ini (1hb Jan 2010). Tapi tetap jadi angan2. Dengan anak2. Dengan memasak dan kerja2 di rumah hasilnya menjejak 2hb Januari baru saya diberi kesempatan. Tapi masih belum terlewatkan?

Cerita penutup 2009..
Setelah berbulan2 saya catat rekod masuk kerja awal tanpa dakwat merah akhirnya pada 31 Disember 2009, punch card saya berjaya dimerahkan oleh Pakcik guard yang jaga pintu belakang opis saya. Saya amat marah dan sedih. Dalam keciwa, saya terpaksa redha. Rezeki hujung 2009. Masa saya melintas pintu pagar belakang, jam dashboard saya 7.57 pagi tapi pintu pagar belakang sudah bertutup. Sudahnya saya punch in 8.02 minit sebab terpaksa melalui 2 traffic lite untuk ke pintu pagar utama…

Kejayaan 2009.. erm..rasa macam banyak jadi tak perlu dikongsi kot.. Mostly, perkahwinan dah menjangkau 7 tahun pada 9.9.9..ops sangat cantik nombor itew.. Menjejak hari ini, sudah berkerja dengan badan berkanun ini sudah 8 tahun. Sudah merasa P2.. alhamdulillah.. Lain2? Ermm..kes tak ingatlah tu..hehehe..

Tiada apa yang disambut untuk pembuka 2010. Hanya sayup2 terdengar bunyi bunga api dalam kantuk yang teramat.

Sebelum bercerita azam tahun ini, saya nak sentuh, ada seorang motivator berkisah tentang azam atau matlamat. Jika hendak tentukan sesuatu matlamat, tentukan dengan terperinci. Contohnya, nak simpan duit.. berapa jumlahnya? bila? bagaimana?..contoh ya.. Jadi saya perincikan azam saya tahun ini, untuk ingatan saya..

Tahun 2010, azam untuk kerjaya, saya nak jejak p3. Nak siapkan beberapa sistem, sistem data kakitangan, sistem klinik, data kontraktor dan perbaiki sistem jari. Saya juga telah perbaiki laman web dengan azam hendak mengemaskini seminggu sekali. Ada 1 bilik untuk di rangkaikan ke server. Bergantung kepada budget. Oh ya, Antivirus juga perlu dikemaskini. Lain-lain tentang kerjaya telah saya tuliskan dalam diari kerja saya.

Untuk peribadi, ada 2 pembayaran akan selesai tahun ini, kereta dan buku untuk anak. Jadinya kereta saya perlu diservis ekon dan mungkin akan bertukar warna bajunya sebelum menjelang 2011. Saya sukakan Black/Matte tapi mahukah en suami dengan pilihan saya?

Kredit to http://www.zerotohundred.com dan http://www.bmwblog.com

Lawo dak? Tak perlu nak kilat2. Cuma kena pikir kereta nasional saya tu sesuai ke idak ek?

Saya juga berazam nak menyimpan sebanyak RM ….. (takyah gtaulah kan). Perlukan 1 handbag dan beberapa helai baju yang agak feminin memandangkan usia sudah menghampiri 32 tahun. Saya perlu berwatak keibuan.

Saya juga berazam untuk mengupah haji untuk arwah emak. Semoga tercapai. Doakan saya ya…

Tahun ini rumah saya perlukan awning dan tirai baru. (Huh! apo kes..pindah dari 2006, 2010 baru nak buat tirai..) Budget..budget..yang penting tak berhutang..

Semoga segala azam saya tercapai..

myLot User Profile