Category Archives: Uncategorized

Lebih memberahikan…

Owh tajuk..apakah?

Yeay! Saya sudah berjaya bertukar ke arah yang lebih mencabar dan memberahikan. Sangat gembira ok..

Anyway thanks Blogspot  atas perkhidmatan anda sejak Mei 2008. Saya hargainya. Tetapi memandangkan saya manusia normal yang sentiasa menjurus ke arah kesempurnaan, saya telah berpaling tadah. Mungkin akan berpaling lagi ke domain sendiri selepas ini. Jom kenkawan.. lebih privacy dan bebas! (Orang lain dah lama buat, saya baru beriya2 mengajak..hiks!)

Buat masa ini, masih banyak yang perlu saya kemaskini di sini. Tetapi memandangkan keadaan jalurlebar saya yang tidak begitu lebar, maka saya tangguhkan dulu… Tungguuu!!!

Erm..P1Wimax dah sampai ke Sg Petani ke belum ek?  Check kat sini

http://www.p1.com.my/wimax/coverage_ref.aspx…

Jawapannya..

“Sorry, there’s no P1 WIMAX coverage in the area of search.

We are expanding our P1 WIMAX networks as fast as we can. Do stay tuned for an update in your area.

Address:

Kedah, Malaysia”
Menunggu dari tahun lepas.. Ada ke cara nak cepatkan coverage nye? tolongggg….

Exam PTK dan azam hujung tahun..

Owh.. sudah 10 hari di bulan penghujung 2009. Dah tak lama nak menjejak ke 2010. Sangat pantas masa berlalu. Amir dan Aiman semakin membesar dan makin bijak. Amir yang semakin memahami dan Aiman yang dalam proses belajar tentang sekelilingnya. Semoga terus bijak dan soleh..

Next week exam PTK yang menggerunkan. Bersediakah aku? Harap2 rezekiku murah. Aku akan cuba bersedia sebaiknya… Doakan kejayaan aku ya kawan2. Sebab peluang utk aku menjejak pangkat sangat jauh. Maklumlah berada di pusat seperti aku, sangatlah nipis umpama kulit bawang untuk merasa kenaikan pangkat kanan. Sebagaimana kulit bawang, tersalah pijak, koyak rabaklah ia.. Cukuplah dapat merasa kanaikan P setiap bulan, walaupun tak semewah kenaikan pangkat. Apapun Alhamdulillah, rezeki hanya Dia menentukan. Yang penting mohon.. Jangan eksen!

Hujung tahun sebelum berakhir 2009, ada lagi 1 hari cuti masih tergantung. Bilalah nak dihabiskan? Lagi, sempena hujung tahun, nak cari duit banyak2. Apa saja offer income walau seciput aku akan usahakan. Owh..dari mana income itu. Jangan fikir bukan2 ya.. Saya jalankan part time perbaiki komputer. Kira murah2 saja dengan kawan2. Sekadar tampung pendaftaran tadika Amir.. Dan jual barang2 CNI sikit2.. Tidak sehebat suami saya, adalah untung sikit2.. Apapun, alhamdulillah..

Saya masih selsema. Kadang2 rasa teruk tetapi dah baik dari sebelum ini. Dah baru 2 kali telan ubat.. Macamana nak baik kan? Hikhik.. Bukan malas makan ubat tapi malas nak tidur sebab bila makan ubat selsema mesti ngantuk..

Sekian entry takde pekdah saya.. babai..

Begitu lamanya..

Wah sangat lama meninggalkan blog ini tanpa diupdate. Bersawang-sawang blog kali ini..

Sebetulnya sekarang tidak sihat. Batuk2, sakit kerongkong dan sangat gatal akan tekak ini sejak 2 ke 3 hari yang lalu. Malas nak ke klinik. Hari ini mula rasa seram sejuk.. Semalam suami dah cadangkan ke klinik tapi jawapan yang diberi, tunggulah kalau teruk.. Menggeleng dia..

Dalam hati ada satu persoalan yang masih tidak berjawab (alkisahnya tidak berani bertanya lagi kepada en suami). Kenapa bebaru ni my MIL bertanya “Hampa dua dah ok ka?”. Mungkin akan dikorek terus dari si bertanya nanti..

HRMIS sangat perlahan hari ni seperlahan kerja2 aku. Aku letih.. Nak bercuti dan nak tidur… Malas nak ambik MC..

Hari Yang ermm? What?

Owh… Hari ini En Asben akan balik. Diulang Akan.. A.K.A.N.. so belum tentu jadi ke tak.. tapi pagi hari ini saya rasa berseri-seri semacam ja. Malahan sejak semalam lg.

Saya telah kutip semua baju dan basuh serta baju2 kering di dalam bakul saya sudah lipat separuh. Kenapa separuh? Tengah2 lipat, anak kecik ajak tido.. hehehe.. jadi ngan maknyer wajib tido…

Kemanakah suamiku itew? Sejak Khamis minggu lepas dia telah menghadiri latihan merentas perjalanan dari Kuala Ketil ke Lata Bayu. Jaraknya lebih kurang 25km. Kalau berkereta lebih kurang 5 jam perjalanan. Tapi ini berjalan kaki di siang hari dan berehat2 selepas jam 6 sengah petang. Semoga dia sihat..

Langit indah..

Masa nak g kat keta semalam.. terasa nak melangut (mendongak) ke atas.. Indahnya langit..Membiru..


gegar sebab tengah drive..ekekeke…


nih gambar on the way nak balik. malu nak snap masa kat parking.. ada student duk lepak..

Sunyi..

Tiba-tiba hati terasa sunyi. Sayu pilu menggebu2 di jiwa. Kenapa ya? Perubahan hormonkah? Serasa nak duduk di tepi pantai sambil memandang matahari yang akan bersembunyi..

Owh..aku rindu. Pada siapa? Aku tidak tahu.

Selalunya, dulu2 kalau begini aku akan jumpa mak aku dan renung muka dia tanpa kata. Dan resah itu akan menghilang dengan sendirinya.

Atau aku akan mengadu kepadaNya sehingga mengalir air mata. Teresak2 dalam memohon petunjukNya.

Sememangnya aku rindu… Mungkin hangat pelukanmu akan mampu mengubati aku.. Tunggu ya sayang..

Waktu rehat..

Jam ini adalah waktu rehat. Aku sakit kepala. Cuba juga buat kerja dengan maha perlahannya. Tetiba..

Wroooo..Wrooo..Wrooooooooo….

Owh..jiran sebelah aku guna drill untuk buat lubang daa… bertambah sakit kepala…

Cepatlah siap wahai lobang..