Category Archives: ~pengalaman dan nasihat

Jenayah di mana2..

Hari ini tiba2 teringat nak membuka Utusan online. Berbagai2 kisah. Saya tidak pandai mengulas tentang politik. Malah tajuk2 besar hanya menjadi bacaan sekali imbas. Tapi ada satu tajuk kecil yang menarik perhatian saya..

“Polis tahan wanita Sri Lanka cuba ragut”. Betapa mencabarnya menjadi penjaga negara pada zaman ini. Semua orang tidak kira negara mana dan di negara mana mereka berada,mereka akan tetap melakukannya. Jenayah di mana2.. Merbahaya bagi semua. Sifat berhati2 harus sentiasa ada.

Bagi wanita, beg tangan paling harus dijaga. Pendapat saya, membawa wang yang sedikit dengan beg kecil yang oleh dibelit di tangan sudah mencukupi. Tidak perlu membawa beg tangan yang besar untuk dipenuhi dengan segala alatan artistik. Mungkin saya bukan insan yang suka bersolek, jadi saya tidak kisah dengan rupa wajah saya. Cukuplah sekadar hidung, mulut, mata dan segala deria terletak elok ditempatnya.

Andai memandu sendirian, ikutkan kata hati. Wanita penuh dengan naluri. Jika tidak sedap hati, masuk cepat2 ke dalam kenderaan dan kunci semua pintu dan tingkap. Beredar dengan segera dari parkir. Tidak perlu berlengah2. Keselamatan diri paling utama.

Jika rasa diekori, sekalipun dengan kenderaan, cuba tenangkan diri. Uji dulu pemandu yang mengekori itu. Perlahankan kenderaan anda, jika dia turut pelahan, cuba pula memecut. Jika dia mengikut, cuba kawal fikiran. Jangan panik. Bawa hala tuju anda ke arah balai polis terdekat. Kem tentera pun boleh juga. Tentera sentiasa ada pengawal pintu pagar, cuba laporkan di situ. Akan ada yang sudi membantu. Jika takut menguasai, hubungi keluarga apabila tiba di tempat selamat.

Untuk anak2, ibubapa harus jangan lepaskan pandangan. Biar penat mengawal dari penat jika kehilangan. Kaedah mengikat anak2 kecil yang lasak juga membantu. Biarlah orang memandang serong. Bukan dia menjaga anak kita. Bukan niat kita menjadikan anak2 seperti haiwan peliharaan. Tetapi, bila perkara tidak diingini akan terjadi, tidak perlu masa yang panjang. Dengan 2 saat terlepas pandang, anak2 sudah boleh hilang.

Buat sang lelaki juga harus berhati2.Memanglah mereka dikurniakan kekuatan yang melebihi kaum hawa. Tujuan mereka juga untuk melindungi. Tetapi di zaman ini, nyawa seolah tiada harga lagi. Tiada isteri dan anak2 yang mahu kehilangan ayah mereka. Jadi berhati2lah dalam setiap tindakan..

Jadinya, berhati2lah. Kawal emosi dan jaga peribadi..

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Berkawan Berpada-pada…

Semua orang ingin mempunyai sahabat akrab. Akrab bukan lagi rapat malah makan sepinggan, tidur sebantal, duduk sekerusi malah kalau boleh mimpi pun hendakkan yang sama. Supaya bila bangun nanti boleh sama2 bercerita.

Saya juga penah mengimpikan yang sama. Semasa zaman muda remaja. Saya selalu berangan punya teman yang sangat rapat, sehingga boleh berkongsi segalanya. Bila ada yang menghulur tangan, saya menolak. Eksen kan saya? Masa itu saya menjadi terlalu pemilih. Kasihan kawan saya…

Selepas zaman remaja, saya mula berdikari. Masih mengharap adanya teman akrab. Tetapi sehinggalah satu tempoh, saya mula sedar. Rupa2nya selama ini, saya telah punya teman akrab tetapi saya masih mengharap yang lain. Teman akrab saya sentiasa sudi menemani saya, menangis dan gembira bersama saya, malah satu mimpi dengan saya. Teman rapat saya adalah diri saya sendiri..

Sebenarnya kita semua juga begitu. Kita boleh mempunyai teman, sahabat, kawan, klik dan segala istilah yang menjurus kepada perkara yang sama iaitu teman akrab.

Tetapi, pernahkah kita fikir? Benarkah segala rahsia yang kita kongsi bersamanya disimpan rapi? Benarkah tiada sedikit pun kata perbuatan kita yang mengguris hatinya, dimaaf tanpa luahan? Benarkah segala perbuatan dan tingkahlaku kita diterima seadanya? Dan segala kecurigaan lain yang kadangkala tak terjangkau dek pemikiran..

Sebagaimana kata seorang rakan saya dulu, “Don’t trust anybody!”. (Where are you Mary? missed our friendship!).

Benarkah? Jangan percayakan sesiapa pun? Bagi saya benar. Kala hati suka, segala benda indah belaka. Semua rahsia cantik terjaga. Tetapi umpama sekam, sekali terbakar, makan dalam. Tengok diluar elok menguning, cuba dilanggar, diri terbakar. Bukan tidak berani bermain api, tetapi berpada-padalah. Sehebat manapun sebuah persahabatan, kita masih perlukan batasan.

“Anak dagang dirantau orang
Biar pandai membawa diri
Jaga tutur kata
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata
Biar merendah..”

~~Sebenarnya post ini secara khususnya ditujukan kepada seseorang rakan sekapal dengan saya. Sudah lama saya menyimpan dan memikir cara terbaik untuk menasihati persahabatannya dengan ‘klik’. Saya terhidu bau yang tidak segar secara tiba2 di sebuah laman sosial. Sendiri tertanya2 sejauh mana keikhlasan mereka.. Menyimpan rasa untuk menasihat tetapi tidak tahu dimana harus bermula. Takut juga jika dikata menjadi batu berapi tiada hala. Tiada nasihat diluahkan sekadar harapan agar suatu hari rakan sekapal saya terbaca post saya kali ini. Berpada2 ya sayang, takut nanti memakan diri..