Category Archives: ~opsss..

Kontang..

Maaf ya semua rakan2.. Sudah agak lama blog ini sunyi tidak berupdate. Tuan tanahnya bukan sudah tidak berminat tapi terlalu kontang mencari idea. Puas dipulas, diperah..seolah tiada isi dapat dibentang. Puas dibelek, ditelek dari segala segi, kontang juga yang menjadi.

Bukan tidak login ke sini tapi yang ditaip hanya draft tarafnya. Entah dimana silapnya, serasa segan untuk dijadikan paparan..

Saya sedang mencari ruang untuk memindahkan blog ini ke suatu lokasi. Bukan bermakna menutup diari tapi sifat azali manusia, yang lebih sempurna tetap dicari..

Selepas itu..

Lamanya tak masuk blog nih. Rindu tak terkata. Tapi masa lapang memang takde langsung. Bz le sangat ek.. hehehe.. Hari nih memang dah niat nak jugak update.. maka jadilah kisah merong mahawangsa..panjang berjela2..

Sangat sibuk sejak minggu lepas. Menyusun anak2 sebab kena berkursus di hari minggu. No rest. Working 7 day per week.. Arghhh.. No tension. I’m still working till today. Tak ambik cuti sehari pun lagi.. Walaupun kadang2 tenaga seolah2 hilang. Dan kadang kala aku tertidur kat meja kerja..

Tiada yang terlalu menarik untuk dicerita sepanjang kursus. Saya tidak sihat pada hari kedua. Entah angin mana menyerang sampai sakit kepala. Dan hari ketiga iaitu hari terakhir saya muntah selepas habis program. Sangat rugi nak makan lauk sedap kat sana untuk kali terakhir bagi kursus kali ini. Thumb ups untuk tukang masak kat Hotel Akademi MARA. Sangat sedap sehinga teringat2. Oh ya.. depa ada restoran kat Mergong. Nama Restoran Bonda. Tentu sesedap masakan kat hotel tu kan.. Jom kita try..jom!

Kalau berkursus lagi di sana belum tentu dapat rasa yang sama sebab di sana cateringnya secara panel. 3 weeks per panel. so kalau tak dapat ttauke yang sama mungkin rasa akan berbeza.

Ada kisah sedih pada 2 hari lepas. Apapun telah diselesaikan dengan baik. Kata persetujuan telah dibuat. Terima kasih Ya Allah, kau buka pintu hati boss untuk menolong hambaMu ini. Terima kasih jugak buat boss yang baik. Selama ini saya sangat tidak berani berterus terang dengan boss. Kali ini hati memang berat tapi demi masa depan saya gagahkan kaki melangkah meminta dari boss. Malu dan sayu bersatu. Saya pun tidak menyangka menjadi terlalu emo sehingga menitis airmata. Terlalu sedih bila mengenangkan sejarah lama di tempat kerja lama saya berulang di sini. Maafkan saya boss. Ada hikmahnya bila jadi sebegitu. Saya mula memahami kehendak boss. Terima kasih jugak buat my lovely hubby. Sangat memahami. Ketahuilah sayang.. kata2mu membuat saya menguatkan diri berjumpa boss dan berbincang. U are the best! (saya tahu dia akan baca blog saya.)

Hari ini saya melawat seluruh kawasan tempat kerja saya. Mengambil gambar2 untuk diisi dalam laman web pejabat. Saya suka! Walaupun penat dan panas. Nampaknya hobi saya mula terarah ke fotografi.. Owh.. Modalnya besar ya.. Angan2 tetap ada..

Semalam, Amir diambil oleh ayahnya. Cikgu bercerita tentang Amir yang telah berubah. Mula pandai menjawab dan melawan kata. Di hati saya sangat gundah. Pagi ini, sepanjang jalan saya nasihatkan dia. Silap kami perlu diperbaiki. Maafkan kami ya Amir.. Emak dan ayah akan berubah…

Jam dah menjejak angka 5. Saya perlu pulang.. Apa perancangan untuk menyambut Birthday Amir ya?

I missed you..

Rindunya saya dengan anak2 tika dan saat ini. Rindu yang tidak terkata. Bagaimana keadaan mereka sebelum tidur malam tadi?

Saya sekarang masih berjaga. Tidak mampu lagi melelapkan mata. Biasalah tabiat saya bila bertukar tempat beradu.

Berada jauh dari anak, walau hanya sejam lebih perjalanan tapi membuatkan saya tidak mampu berulang alik. Rindunya dengan mereka. Merengek2kah Aiman bila tidak dapat mencium bau emaknya. Bagaimana pula dengan Amir..?

Oh..oh…sayakah yang berlebih2 rindu ini? Saya perlu tidur untuk sediakan diri dengan program esok..

Saya telah diminta hadir ke Kursus Perancangan Strategi dan Senario. Maka berjauhanlah saya sepanjang hujung minggu ini dengan anak2 dan ayahnya..rindunya!

psstt..masih belum sempat mengupdate cerita Taiping. Nanti ya..

Kebosanan…

Hmm.. Kebosanan.. ada ke frasa ke dan an macam tu? erm.. adelah kot..diadakan oleh Puan penulis blog hitamputih..hikhik..

Entah apa yang melanda dan dari mana datangnya.. Bosan betul saya. Sudah beberapa hari melayan rasa. Apa perlu saya buat?

Rasa ini benar2 mengganggu. Mengganggu urusan kerjaya dan juga masa2 peribadi saya.

Serasa mahu bercuti dan melakukan aktiviti sendiri. Perlukah?

Iklan di radio

Entah angin apa dua, tiga hari lepas, waktu nak g kerja aku on radio.. huh! perubahan sebab pertambahan usia nih..

Adalah satu iklan tu..

Mula2 si emak tu tanya anak2 dia.. “antara guruh dan kilat mana laju?” ayat aku jer nih..dalam iklan tu ayat susun cantik dah.. aku yang tak ingat..

Jawab si anak :Kilat
Emak tanya lagi : Antara kilat dengan adik siapa laju?
Anak jawab : Entah..tak ingat..
Emak : Adiklah laju bila emak gorengkan nugget tempura dotdotdot.
Emak : Nugget tempura dotdotdot membuatkan anak anda laju sepantas kilat…

Tadi dia kata kilat laju. Lepas tu dia kata anak dia laju. Yang mana satu sebenaqnya yang laju? Sepatutnya ayat dia yang last tu, nuget tempura dotdotdot..membuatkan anak anda lebih laju daripada kilat…

Iklan kadang2 dibuat tanpa tapisan. Rakyat yang mendengar menjadi pemikir… dan siaran radio jadi tak menarik lagi..

Saya berasa gembira..

Merasa atau berasa? Apa bezanya ya? Merasa, ambil dan nikmati, kita ambil sendiri dan melakukan perbuatan itu sendiri. Berasa, perasaan yang terbit dari hati. Bukan dibuat2 dan tidak boleh dilakukan secara lahiriah.. Betulkah? Ada cikgu BM disini?

Saya sendiri tidak tahu puncanya. Mungkin kegembiraan yang bermula dirumah terbawa2 sepanjang hari. En suami telah menyirami kegersangan dompet saya hari ini. Alhamdulillah..

Awal pagi lagi telah mengadap boss hensem. Bercerita tentang kerja2 yang telah disiapkan sepanjang dia bercuti dan perancangan untuk satu projek akan datang. Satu lagi kegembiraan buat saya.

Boss seorang lagi bertanya tentang laman web rasmi pejabat hari ini. Saya dengan gembiranya memaklumkan, laman web telah dikemaskini. Dia akan semak.. Saya tidak risau. Malah gembira.. Ini menjawab persoalan saya tentang bilangan viewer laman web ini sejak 1 Januari, mencanak2 sehingga 102 viewer.

Apapun saya masih gembira sehingga hampir berakhir waktu kerja hari ini. Syukur padaMu..

Kajian Dr Fazilah Kamsah..

Apa kes pagi2 subuh nih dah amik menda merapu ni? Entah kenapa mouse saya terklik quiz nih dalam Fb (salah mouse ke ni?).. Aduh.. Dahlah tu.. seakan2 kena batang hidung sendiri ja..

Saya dilahirkan oleh emak saya pada bulan 5 ya.. Masa tu umur mak saya dah 35, owh.. lagi 4 tahun nak cecah umur ini. Emak saya dah beranak 5, saya baru beranak 2.. Boleh ke nak dapat 3 lagi dalam masa 4 tahun?

MEI

Kekerasan hati & degil
~Tidak dinafikan. Saya memang degil. Kalau saya nak, saya nak. Akan usaha sehabis daya untuk dapatkannya walaupun orang lain kata tak boleh.. Kalau tak dapat jugak saya akan kecewa melara..

Kuat semangat & bermotivasi tinggi
~Yang ni no komen. Kena tanya suami saya.

Pemikiran yang tajam
~Tajamlah kot, walaupun kadang2 tersasar. Lambat menjawab soalan spontan..

Mudah marah apabila tidak dikawal
~Tepat. Silap2 haribulan habis semua dihambur. Owh..sangat tidak baik ya.. Perlu diubah.

Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
~Pandai ka? Tak kot.. Kalau pandai tentu boss saya suka dengan saya dan saya akan dapat anugerah cemerlang sejak bertahun lalu.. Hahaha…

Perasaan yang amat mendalam
~Perasaan saya memang duk kat dalam.. Hahahaha..

Cantik dari segi mental & fizikal
~Erm… owh…

Tidak perlu dimotivasikan
~Nak kursus motivasi.. dah lama tak pergi..Apa kes?

Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
~Betul..betul..betul…

Mudah dipujuk
~Mudah ke? Hati didalam siapa yang tahu? Kalau letak RM 1k sapa pun mudah dipujuk.. Hahaha.. Mata wang betul!

Bersikap sistematik (otak kiri)
~Erm.. Maunya tak..Buat sistem maa.. Kena ada sistematik..nak susun program bukan senang wooo… (Perasan!)

Suka berangan
~Saya nak kaya, dunia dan akhirat. Nak duduk lepak dirumah yang ada air terjun mini dekat laman. Sambil tengok matahari terbenam dari balkoni… Angin bertiup sepoi2 bahasa. Berbual mesra dengan En Suami sambil meneguk Nescafe.. Owh..sangat the berangan la…

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
~Saya boleh mengfirasatkan hati suami saya. Orang lain..entahlah… Takdak kaitan..tak amik tau..hahaha..

Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
~Telinga saya berdengung sekejap, pastu pop. Dah ok.. Nanti berulang lagi.. Apakah itu? Leher saya … Selsema kat leher ke? Masih selsema ni..

Daya khayalan yang tinggi
Opsss…

Pandai berdebat
~Paling pandai dengan en suami.. hahaha.. Saya sangat suka orang membalas kata2 saya bila saya persoalkan sesuatu. Idea saya mencurah2 untuk membalas balik. Tapi kalau lawan saya diam..saya akan mati kutu.. hahaha…

Fizikal yang baik
~Setakat ini saya suka dengan fizikal saya.. Dah 31 tahun fizikal nih. Kalau enjin kereta dah tukar kot…

Kelemahan sistem pernafasan
~Sememangnya.. Selsema..

Suka sastera, seni & muzik serta melancong
~Owh..i like.. Suatu masa dulu saya amat ingin aktif dalam teater. Tapi en suami tidak suka..maka saya sentap sehingga hari ini…

Tidak berapa suka duduk di rumah
~Boleh diterima.. sebab tidak berapa. Bukan tidak suka..

Tidak boleh duduk diam
~Tidur pun tak diam (buas orang kampung saya kata)..inikan pula waktu berjaga..hahaha..

Tidak punya ramai anak
~Owh..saya nak anak lagi.. Doakan saya ya.. Amir nak adik perempuan…

Rajin dan bersemangat tinggi
~Rajin kah? Erm..Fikir..fikir..

Agak boros
~Diakui. Selagi ada duit dalam dompet…

Owh..kuiz nih agak tepat..