Category Archives: ~lepas geram

Sekapal, SeMalaysia..

Ada orang terasa dengan entry saya yang ini….

Saya keliru. Adakah sebarang nama untuk dia menjadi pemakan cili yang terasa pedasnya? Atau istilah sekapal yang menjadi dia sangat terasa atau adakah laman sosial yang saya maksudkan sama dengan laman yang dia fahami?

Saya tidak memasukkan sebarang nama didalam entry tersebut. Malah sekapal tidak semestinya satu tempat kerja, mungkin juga rakan sejawatan saya yang berada di serata Malaysia. Ko namakan negeri mana.. ada saja rakan sejawatan dengan saya yang akan mengenali saya….

Laman sosial.. Banyak laman sosial, ko nak yang mana? Yahoo Messenger, Skype, Bearshare, Facebook, Friendster, Hi5, Tagged dan segala bagai..

Nak tahu ayat selanjutnya? Boleh tinggalkan komen..

This is encrypted: ***

~~ Maafkan saya wahai pelawat2 blog saya. Bukan niat untuk sakitkan hati kalian. Tapi saya perlu luahkan rasa hati saya sekarang. Takut memakan diri.. Ampun ya!

Advertisements

Salah saya atau Celcom B*ng*ng?

Saya terima sms dari CELCOM pada 21 Disember 2009 jam 1.43 pagi. Nih yang en Suami selalu bising nih, pakwe manalah anto msg awal2 pagi nih….

Ayatnya “LOYALTY BONUS:TQ for being loyal to Xpax! Enjoy 65 FREE SMSes to ur 8pax until 15/12/09. More FREE SMS next mth!”

Apakah maksudnya free sms tu sehingga 15 Dis atau saya dapat free sms tu untuk bonus penggunaan talian saya sehinga 15 Dis?

Kalau betul free sms tu sehingga 15 Dis, ape ke hal yang anto gitau pun 21 Disember? Selalu sangat, gtau lepas habis tempoh promosi. Ape ke hal? Untung ja nak… Kalaulah saya nih kaya melana.. saya buka syarikat telekomunikasi yang boleh jadi pesaing hebat kepada syarikat telekomunikasi yang ada sekarang. Huh! very the verangan… Mujur mokcik tak kayo…

p/s: Saya masih kekal dengan celcom sejak 2004 sehingga hari ini. Celcom patut bagi saya free line tanpa charge bulanan selama setahun dengan no saya sekarang! Dengan Maxis saya pernah terima loyalty bonus sebegini tapi sebab Maxis tu milik An*nda Krishn*n. Saya bertukar atas sebab tak nak duit saya disalurkan ke kuil dan nak tolong ‘orang kita’. Tapi ‘orang kita’ macam tak nak jaga sesama ‘orang kita’ pulak.. Huh!

Down..

Saya sangat down hari ini. Letih minda. Datang kerja tanpa rasa. Kecewa..

Moga semuanya akan berubah…

Aiman disuntik..

Semalam, mengikut jadual Aiman disuntik. Maka,emaknya dengan gigihnya memohon keluar pejabat dan balik ambik Aiman.

Pukul 3 sampai klinik. Owh, dalam proses pengubahsuaian. So,ubah parking, Gedebuk,gedebak dah sengah jam. Masuk klinik.

Timbang dah 8.9kg. Naik 800gram dalam masa sebulan. owh..sihat anak mak.. Then g bahagian check baby. Nih aku mula tak puas hati..

Nama nurse tu N*r *dila. Aku memang duk mark nurse nih dari 1st check kat klinik, masa lepas bersalin Aiman ritu lagi. Servis out nak mampus! Janji nak mai check kat rumah pun tak sampai2. Pastu suka marah patient. Marah benda2 yang tak logik. Macam ngan dia tu doktor. Geram! ok..back to topic…

Biasanya nurse akan tanya, baby sihat ke. Dah boleh buat apa. Minum susu apa. Dah makan apa. Tu semua bagi aku biasalah. Standard klinik kerajaan, tak check baby pun, tengok ngan mata kasar ja. Pastu tulis kat kad berjela2. Aku tak kisah sangat. Tapi nurse ni cuma tanya, baby minum susu apa. tu jer soalannya. pastu hulur ubat demam jer. Dan bagitau next month mai makan ubat cacing. Kut nak bagitau hari nih kena cucuk ke..Hampeh!

Yang aku paling geram. Nurse cipan tu tanya aku, dah buat ujian PAP SMEAR? Aku jawab belum (lupa maa..dah buat sebelum bersalin Aiman ritu). Dia mula marah2. Bila nak buat? Bila last period? Aku pun g tau.. Ha, eloklah tu.. nak tunggu bila lagi. Dalam hati aku.. Wajib ke ujian nih? Kalau wajib pun, suka hatilah aku punya badan. Ko ape sibuk..Geram! geram! Macam nih ke perkhidmatan yang dibagi? Dahlah berkait ngan pesakit. Huh!

Pas selesai dia terus hulur kad dan aku terus bangun. Malas nak ucap terima kasih. Lantak engko ler.. Nak terima kasih camana kalau dah marah2 aku. Takkan terima kasih sebab marah kat aku kot?

Pergi kat bilik suntik tu, kejap jer Aiman menangis, keluar bilik terus ok.. Anak mak nih kuat nih.. ehehehe..

Terlalu bermanja..

Toet..toet.. telefon di bilik aku berbunyi.

“Hello” aku menyapa si pemanggil.
“Hakila, internet ok ke hari nih?” tanpa mengenalkan dirinya, soalan terus disampaikan.
“Internaet? Yang mana satu? Yang M### ke?”
(Kat pejabat aku ada 2 line, Streamyx dan lease line. Tapi kalau aku bagitau 2 pilihan tu, kompom tercengang)

“Line kat pejabat ni. Kat tempat akak ni tak dapat, keluar apa ntah”
“Tak dapat?” Aku ulang nada dia dengan konpius.
(Sebenarnya aku tengah track sapalah yang call aku ni.Nak tanya, segan plak. Kang dia rasa tak cukup glamer plak.)

“Ha..a.. Dia keluar the web cannot be reached. Please bla..bla..”
(La..kes proxy block jer.)

“Akak cuba masukkan alamat lain”
“Alamat lain? Jap ek” walaupun macam konpius tapi aku boleh agak dia tengah try.
“Ha.a..boleh”
Aku tak ingat dia ucap terima kasih ke tak dan terus letak phone.

Moral of the story..

Sekalipun suara anda sehebat Adibah Noor sekalipun, biasakan perkenalkan diri. Terkadang kita selsema, suara dah lain. Okeh.. Bukan susah pun..
” Hakila, nih Adibah Noor ni” contoh..

Lagi satu,kalau ada masalah berkait dengan komputer, kreatifkan diri. Kalau setakat bukak i.e, web tak dapat dicapai. Gunalah web lain. Mungkin alamat web tu kena block. Kalau bukak 1 web tu pastu tak dapatlink ke mana2 dari web tu, cuba juga guna web lain. Mungkin web tu bermasalah. Mungkin juga talian bermasalah.

Kalau tetiba datang kerja, pc takboleh on. Cuba tukar punca kuasa dia. Mungkin semalam cik Siti Kus dah buatkerja sampai rosak sumber kuasa tu.

Jangan harap orang IT datang duk sebelah, semata untuk untuk taip web address yang lain atau semasa untuk try and error tukaq soket sana sini.

Walaupun orang IT duk diam dalam bilik bukan bermakna takde keje!

Aku Mencik Buat Minit…

Owh.. Ini entry takdak kaitan ngan sebarang insan na.. Ni blog aku, aku punya suka aku nak taip apa. Nak terasa? Lantakmu la deh!

Tujuan aku tulis ni bukan nak perli atau nak bagi sesapa terasa. Setiap orang ada benda yang suka dan tak suka kan? Aku juga macam tu. Salah satu aku tak suka @ mencik ialah buat kerja orang yang bukan berkait dengan aku dan buat kerja last minit.

Last Sunday, ada meeting. Aku kena amik minit. Logik dak? IT admin dari IT department kena amik minit yang langsung takdak kaitan dengan IT. Bukan aku nak eksen tapi cer bayang tengok. Basic typing pun aku tak penah amik. Inikan pulak minit mesorat. Kalau suruh buat program tu logik jugak. Bagilah orang lain. Ok dah kena, kenalah jugakkan. Aku pun buatlah minit.

Meeting 27/9, siap minit on 29/9, kira cepatlah jugak. Aku memang tak pandai buat ayat. Masa peksa SPM aku dapat 6 untuk BM. Masa study toksah citala..mana ada subjek BM. Dah cos pun IT. Math pun dalam BI. Lainlah aku amik kursus Setiausaha ka…

Tong tang tong tang aku hantaq minit untuk boss semak pada 29/9 petang. Aku memang tak pandai baca tulisan tangan orang. Lagipun aku tak biasa ngan tulisan boss lainlah kalau s/u dia atau kerani@typist yang biasa ngan tulisan dia kan. So, esok paginya 30/9 aku dapat balik yang dah semak. Banyaklah jugak yang nak kena perbaik. Ok..aku perbaik, dan hantaq sekali lagi. Petang 30/9 minit masuk bilik boss sekali lagi.

Hari Khamis..kira last working day of the week,aku dapat balik, ada 3 perkataan yang kena tukar lagi. Ades..ni dah Khamis, esok Jumaat cuti. Next week hari Ahad, mesyuarat waktu pagi. waktu mana aku nak buat salinan untuk ahli mesyuarat? Boss takdak hari ni. Nampaknya pagi Ahad tu baru nak buat salinan, nak stapler dan hantar kat ahli mesorat.Sekali lagi..aku mencik kerja last minit!!!

Aku mula rasa nak marah. Kenapa semalam lepas boss check tak terus pass dekat aku. Ingat kerja aku naik turun tangga duk check minit tu ja ka? Awat aku takdak kerja lain ka? Sakitnya jiwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!! Tuhan saja yang tahu!

So,kesimpulan..lepas nih jangan marah kalau aku lewat masuk meeting.. Bukan kepakaran aku untuk amik minit. Lainlah berkait ngan aku. Bukan nak eksen tapi aku memang BODOH bab amik minit nih. Ada paham ka kici? Memang BODOH! okay!

p/s Sapa nak terasa sila angkat kaki. Kalau rasa kerja kita, tolong2lah. Jangan seronok pass kerja dekat orang ja, tak berkat gaji bulan2 kita makan. Kalau rasa duk rajin mengelat dengan tanggungjawab peribadi time kerja, bawak2lah balik lambat, selesaikan kerja yang tertunggak. Lantaklah orang tak nampak, Allah nampak. Rezeki dia bagi, kadang2 kita tak sangka. Tak sedekah dengan duit, sedekah guna tenaga. Tak dak rugi apa2.. Jangan asyik komplen ja. Nu takdan, ni tak sempat, habih asyik duk komplen, mana nak sempat. Dah tak kena batang idung sendiri senanglah nak taip, ya dak? Pasai dah kena banyak kali dah ni, tu yang kata. Kalau ikut kedekut, dah banyak kerja sendiri yang settle. Tapi keja ngan orang nih terima ja, tapi kadang2 dah tak boleh sgt nak buat, tolak juga…

…Wanita yang tak mau penin…

Nursery oh nursery..

This morning..chewah, I send Aiman to his nursery for the last day ever..hahaha…

Why ever? By the time i arrived, one of the baby was crying outside the babies room. i took Aiman to the babies room and try to continuing his sleep before. But he managed to wake up and don’t want me to lift him. So, I wait for a while. While waiting, one of the staff pick the crying baby with his hand (tergantung macam org utan bergayut) and put him in the babies room. One of the staff at the babies room had ask her why..

“Nak berdukung kata ayah dia, manja sangat. Tak maulah..” maybe she didn’t see me (one of their customer parent).

“Tak mau jugaklah” the staff yang tanya sebelum nih cakap.

“Manja sangat..” and the staff that pick the babies before said and away.

In my heart ..ya allah..janganlah anak aku dibuat macam tu.

One of the staff take Aiman from me. i got to go even Aiman still crying2 manja gitu.

By the time i’m driving to office from the nursery, i wish thanks to Allah. Mulanya aku memang was2 nak tukar pengasuh Aiman. But since i saw the drama this morning.. i think, i had take the good way..