Category Archives: ~amir

Birthday Amir

Ada update terbaru, kisah “From Taiping With Love“. Kisah lama yang baru diupdate..

Semalam sudah genap umur Amir 6 tahun. Tiada hadiah, hanya sambutan sederhana yang dipostponed ke hari ini. Sambut dengan kawan2 di Tadika.

Anak ini yang lahir 30 Januari, 6 tahun lalu. Sangat mudah mengandungkan dia. Sendirian membuyung ke sana sini. Jam 3 pagi berkereta ke Stesyen bas Mergong untuk mengambil ayahnya yang berkursus di Port Dickson selama 1 tahun lebih. Waktu itu, saya bekerja di Beseri, Perlis. Bayangkan dari Beseri ke Alor Setar di awal pagi dan dalam keadaan mengandung anak sulung. Tapi anak ini setia menemani. Menendang2 ketika emaknya memandu tanda dia juga berjaga menemani emaknya.

Anak yang sensitif dan penuh kelembutan. Bukan lembut Nyah! Tapi teguran padanya perlu berhemah. Mengajarnya ada cara. Bukan sergah yang menyentap jiwa.

Lahirnya sangat mudah. Walaupun hampir 3 hari emak menanti Amir keluar, tiba masanya hanya 30 minit kurang lebih segalanya selesai. Mudahkanlah jugak emak untuk mendidikmu sehingga ke akhir tanggungjawab emak ya nak..

Alhamdulillah, sehingga hari ini dia sangat mudah menerima pelajaran. Mudah dalam menghafal doa dan membuat kira2.

Sehingga semalam, berulang2 dia memberitahu,
“Amir tak mau jadi askar. Latihan dia teruk. Dahlah kerja pun teruk. Amir nak jadi arkitek”
Oh, anak emak.. Emak seusiamu dulu, arkitek pun tidak tahu nak menyebut. Mudahkanlah laluannya Ya Rahim…

Semoga cita2 Amir tercapai dan menjadi salah seorang hambaNya yang sentiasa berada di bawah payung keberkatan.. Amin..

Doa seorang ibu yang gundah memikirkan masa depan anak2nya yang ketidak tentuan dengan berbagai halangan yang menggoda iman…

Advertisements

Sama tak?

Selalu aku katakan rupa Aiman dan Amir masa kecik2 tak serupa. Tapi tengah godek2 dalam arkib aku..tetiba jumpa gambo depa yang sama sebijon..pandangan mata empat aku nilah..

nih Amir ngan ayah masa raya. umo dia setahun lebih..

nih Aiman ngan Pak Ngah dia masa raya bebaru nih..

cer tengok..sama ke idak?

pstt..jangan tanya depa ikut muka sapa. tak pernah tgk gambaq ayahnya masa kecik2 tapi rasanya ikut muka mak depa kot. mak depa comey woo masa kecik2 dulu..hahaha!

Anak Kuda

Siapa tidak pernah dengar lagu Suasana Hari Raya Anuar dan Elina. Rasanya kanak2 umur 3 tahun pun dah boleh hafal lagu ini dalam version diaorang.

Teringat Amir nyanyikan lagu nih masa dia kecil2 dulu. Nih lirik yang diubah oleh Amir..

Suasana Di Hari Raya

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak kuda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak kuda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bayangkan dengan suaranya yang nyaring dan penuh yakin nyanyikan lagu nih. Aku mesti terbahak-bahak bila dengar dia nyanyikan. Bukan aku tak betulkan tapi dia akan kata salahlah mak.. muda tu apa. Lepas tu dia akan nyanyi balik ikut lirik dia.

Tahun lepas masa nak balik beraya aku dah donlod lagu nih untuk dipasang dalam kereta. Maka berduetlah kami berdua dalam kereta sepanjang perjalanan. Entah berapa kali kami ulang lagu ni sehinggalah sampai depan rumah tokwannya di Perlis. Bayang 2 jam perjalanan yang penuh dengan nyanyian sumbing kami..Hahaha..Layan aje lah anak ooiii…

Amir 1st day puasa..

Pergh..so penat nak layan masa dah pukul 6sengah tu .. Dia punya meagam. Macam2 alasan dia bagi nak bukak puasa. Kalau masa pukul 12 ke 1 ke aku tak kisah. Ini dah pukul 6 sengah. Kesian tengok dia. Tapi nak buat macamana, sayang puasa yang dah dekat sangat nak berbuka tu. Sayangnyer…

Dah dipujuk2..mau jugak dia bertahan. Tapi puaslah nak layan rajuk dia. Muka usah dikata. Hensem ya amat. Tembok berlin pun hensem sikit la…

Dah lepas berbuka..macam bertih jagung dia ajak sembang. Kejap2 mak, jap lagi mak, pastu mak lagi.. Adeh! Panggillah ayah pulak.. Ayah..ayah..ayah..dah 3 kali..mak..mak..dan mak lagi..Layan jer lah..

Inilah rupanya masa tdo petang tu. Ingat legalah sikit dia tido. Ayahnye plak kejut suh mandi dah pukul 6 sengah. Adeh!