From Taiping With Love

Sabtu, 16 Januari 2010.

Awal pagi, kami bertolak ke kelas hubby. Hubby berjanji sebelum jam 1 tghari, kami akan berada di jalan tinggi, jalan atas? oh..highway..

Amir paling excited. Seronok nak pergi zoo..



Jam melewati 12 tengahari, kelas hubby berakhir. Bertolak terus ke Taiping. Sampai dalam pukul 3 petang, kami check-in.


Penat jugak yer walaupun perjalanan taklah jauh sangat. Petang kami keluar makan dekat dengan balai bomba. Dah lupa zaman bercinta dulu makan kat mana yang best. Bolehlah tahan. Order Yong Tau Fu tak dapat. Huwaaa! Penjual tu duk sembang ja ngan kawan dia sampai lupa customer.. Huh!

Lepas makan,kami terus g Taiping Mall. 5 kali pusing cari parking. Lastly parking kat Tesco Taiping. Dua bangunan ni bersebelahan ya, untuk pengetahuan orang luar Taiping. Tapi kalau saya jadi tauke Tesco tu saya buat pagar tinggi2. Sebab orang yang parking kat Tesco akan pergi Taiping Mall. Parking Tesco penuh sesaja. Orang tak masuk Tesco. Tak tau plak kalau depa dua bangunan ni ada share…

Taiping Mall ni untuk bawak family makan2.. bolehlah. Kalau nak shopping barang dapur kat Tesco ya. Kami membuang masa menurut kehendak hubby yang nak sangat masuk tengok Taiping Mall. Amir dah mula nak merajuk dah. Masuklah ke Tesco pulak sebab nak beli air mineral, roti dan segala bagai sikit2. Amir dah mula tak larat. Penat memujuk budak 6 tahun ni..

Maka perjalanan pun diteruskan ke Night Safari. Amir kembali bersemangat.
Seronok berkeretapi tapi tak puas sebab banyak haiwan sudah tidur. Si Ayah ajak datang lagi waktu siang di lain hari. Tunggulah Aiman besar sikit, bolehlah berjalan sendiri.



Ambil gambar pun gelap2 ja…

Balik Night Safari. Semua tertidur keletihan.

Esoknya, bersarapan di dalam bilik sahaja. Anak2 bangun lambat. Bersiap2 untuk check out.. Sempat lagi ke Sky Bar dan pool..



Selepas check out, kami terus ke Taman Tasik Taiping. Sesi bergambar bermula. Nasib baiklah sekarang zaman digital. Kalau zaman filem dulu, mau 3/4 roll habis..

Sedikit sebanyak snap sekitar Lake Garden.





Terus balik ke SP. Anak-anak tertidur keletihan. Ayahnya kerja malam..Kesian En Asben..

Tambahan snap gambo anak2..









Sekian..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s