Kajian Dr Fazilah Kamsah..

Apa kes pagi2 subuh nih dah amik menda merapu ni? Entah kenapa mouse saya terklik quiz nih dalam Fb (salah mouse ke ni?).. Aduh.. Dahlah tu.. seakan2 kena batang hidung sendiri ja..

Saya dilahirkan oleh emak saya pada bulan 5 ya.. Masa tu umur mak saya dah 35, owh.. lagi 4 tahun nak cecah umur ini. Emak saya dah beranak 5, saya baru beranak 2.. Boleh ke nak dapat 3 lagi dalam masa 4 tahun?

MEI

Kekerasan hati & degil
~Tidak dinafikan. Saya memang degil. Kalau saya nak, saya nak. Akan usaha sehabis daya untuk dapatkannya walaupun orang lain kata tak boleh.. Kalau tak dapat jugak saya akan kecewa melara..

Kuat semangat & bermotivasi tinggi
~Yang ni no komen. Kena tanya suami saya.

Pemikiran yang tajam
~Tajamlah kot, walaupun kadang2 tersasar. Lambat menjawab soalan spontan..

Mudah marah apabila tidak dikawal
~Tepat. Silap2 haribulan habis semua dihambur. Owh..sangat tidak baik ya.. Perlu diubah.

Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
~Pandai ka? Tak kot.. Kalau pandai tentu boss saya suka dengan saya dan saya akan dapat anugerah cemerlang sejak bertahun lalu.. Hahaha…

Perasaan yang amat mendalam
~Perasaan saya memang duk kat dalam.. Hahahaha..

Cantik dari segi mental & fizikal
~Erm… owh…

Tidak perlu dimotivasikan
~Nak kursus motivasi.. dah lama tak pergi..Apa kes?

Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
~Betul..betul..betul…

Mudah dipujuk
~Mudah ke? Hati didalam siapa yang tahu? Kalau letak RM 1k sapa pun mudah dipujuk.. Hahaha.. Mata wang betul!

Bersikap sistematik (otak kiri)
~Erm.. Maunya tak..Buat sistem maa.. Kena ada sistematik..nak susun program bukan senang wooo… (Perasan!)

Suka berangan
~Saya nak kaya, dunia dan akhirat. Nak duduk lepak dirumah yang ada air terjun mini dekat laman. Sambil tengok matahari terbenam dari balkoni… Angin bertiup sepoi2 bahasa. Berbual mesra dengan En Suami sambil meneguk Nescafe.. Owh..sangat the berangan la…

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
~Saya boleh mengfirasatkan hati suami saya. Orang lain..entahlah… Takdak kaitan..tak amik tau..hahaha..

Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
~Telinga saya berdengung sekejap, pastu pop. Dah ok.. Nanti berulang lagi.. Apakah itu? Leher saya … Selsema kat leher ke? Masih selsema ni..

Daya khayalan yang tinggi
Opsss…

Pandai berdebat
~Paling pandai dengan en suami.. hahaha.. Saya sangat suka orang membalas kata2 saya bila saya persoalkan sesuatu. Idea saya mencurah2 untuk membalas balik. Tapi kalau lawan saya diam..saya akan mati kutu.. hahaha…

Fizikal yang baik
~Setakat ini saya suka dengan fizikal saya.. Dah 31 tahun fizikal nih. Kalau enjin kereta dah tukar kot…

Kelemahan sistem pernafasan
~Sememangnya.. Selsema..

Suka sastera, seni & muzik serta melancong
~Owh..i like.. Suatu masa dulu saya amat ingin aktif dalam teater. Tapi en suami tidak suka..maka saya sentap sehingga hari ini…

Tidak berapa suka duduk di rumah
~Boleh diterima.. sebab tidak berapa. Bukan tidak suka..

Tidak boleh duduk diam
~Tidur pun tak diam (buas orang kampung saya kata)..inikan pula waktu berjaga..hahaha..

Tidak punya ramai anak
~Owh..saya nak anak lagi.. Doakan saya ya.. Amir nak adik perempuan…

Rajin dan bersemangat tinggi
~Rajin kah? Erm..Fikir..fikir..

Agak boros
~Diakui. Selagi ada duit dalam dompet…

Owh..kuiz nih agak tepat..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s