Ayah dan ibu..

Wahai RAsulullah, anakku telah aku didik, tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan :

“Ketika engkau masih kecil
tangan ini yang memberimu makan.
Engkau minum aku juga yang tuangkan.
Apabila dirimu sakit,
aku berjaga semalaman.
Kerana skitmu itu
aku mengeluh kerisauan.
Tetapi, di saat engkau dewasa
dan mencapai tujuan.
Kulihat pada dirimu
apa yang tak kuharapkan.
Kau balas aku dengan kekasaran.
Seakan-akan nikmat dan anugerah
engkau yang berikan.”

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinangan air mata Rasulullah S.A.W seraya bersabda yang bermaksud : “Kamu dan hartamu milik ayahmu.”

(Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam shihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Petikan dari Cuti, Pulanglah ziarah orang tua! Tulisan Dr Haji Juanda bin Haji Jaya.

Saya bukanlah bijak untuk bercerita tentang kisah nabi Allah ini tetapi sekadar satu peringatan kepada saya dan kita semua bahawa berkhidmatlah kepada ayah dan ibu selagi mereka ada di dunia ini. Dan kirimkanlah doa kepada mereka jika mereka telah tiada…

2 responses to “Ayah dan ibu..

  1. Kila…kite rasa sedih baca entry ni..uhuhuhu…

  2. Kadang2 bila kita sibuk dengan keluarga sendiri kita terlupa dekat orang tua kita kan.. p/s.. thanks kak pnut.. tak sangka akak lawat blog saya. nanti saya bagitau kawan saya (peminat akak sejak Najmi sebesar Alesya), tentu dia akan jeles..

Leave a reply to KILA Cancel reply