Mak..adik rindu..

Entry kali ini sekadar ulangan dari hasil karya aku waktu aku tengah rindu..

Terkenang2 masa mak sakit dulu..bila anak2 balik jenguk… mak senyum walau pun derita sakit barah… kami tak tahu sakitnya macam mana.
Tapi mesti sangat sakit kan..

Terbayang2 lagi masa mak menyangkul tanah nak tanam sayur..
Kalau adik cangkul sensorang..mak mesti tukar uniform, pakai baju kerja mak, pastu mesti mak tolong adik..
Adik tahu..mak tak sanggup tengok adik buat kerja sorang2 kan…

Adik mintak maaf waktu mak sakit teruk.. adik selalu tak duduk lama2 dekat mak..
Sebenarnya adik tak tahan tengok mak sakit..
Tapi adik kuatkan hati.. Duduk juga dekat mak walaupun sekejap2…
Ketabahan kakak2 ja yg kuatkan semangat adik..
Adik tak sanggup tengok mak terbaring…

Terbau lagi saat akhir adik cium tangan mak..
Masih harum macam dulu2.. tidak berubah
Walaupun mak sakit dan barah membusung di tubuh mak..

Maaf sekali lagi yer mak..waktu nak cium mak kali terakhir tu…
Adik tak dapat nak tahan air mata… Adik tak dapat nak cium mak..

Mak..
Mesti mak nampak kami semua macam kuat dan tabah hadapi pemergian mak..
Tapi sesungguhnya..tuhan saja yang tahu…

Rasanya tiada anak yang takkan rindu pada emaknya.. sehingga hari ini, ayah sendirian menghadapi hari-hari tuanya di kampung. Ayah tidak kahwin lagi dan tak akan kawin lagi. Setianya ayah kepada mak. Dan bukti setianya..sehingga hari ini tidak sekalipun ayah tidur di dalam bilik mereka dulu. Bilik itu hanya digunakan untuk bersalin pakaian dan menyimpan segala khazanah..
Semoga emak sejahtera disana..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s