Weekend di kampungku…

Hari Jumaat aku bersiap-siap untuk balik berbuka dengan ayahku tercinta. en asben masih kerja on Jumaat tapi lepas semayang Jumaat kami akan bertolak ke kampungku di utara nun..

Kununlah lepas Jumaat.. Keluar rumah dah pukul 5. 5 sengah singgah PARAM kat Gurun. Ramainya umat.. Kul 6.50 barulah jejak ke rumah ayah. Shian ayahku yang membujang itew. Sunyi ja rumah. Aku pun apelagi dengan mengelek si Aiman terus siapkan air. Aiman pulak tak mahu lepas dari dukungan. Dah pandai dah dia.. Tengok orang lain sikit dia ak nak. Tengok Tokwan dia pun dah tak nak. Lama sangat ke aku tak balik atau anak aku nih cepat kenal orang?

Maka hari nih lengkaplah sudah puasa Si Amir selama 7 hari. Tinggal 1 hari. Takpelah..baru 5 tahun. Aku dulu 7 tahun pun tak penuh2 jugak…Ngehngehngeh..

Alkisahnya masa nak balik tu kat simpang nak ke Tunjang tu ade satu lubang dalam ya amat. en asben selaku pemandu telah melanggar itu lubang. Gedekuk! Ape nak buat.. dia terelak sampai masuk lubang. Ingatkan ok jer..

Esoknya lepas balik dari market (bahasa orang kampung aku. maknanya pasar. Speaking tu org dulu2..kahkahkah). Baru perasan..rim sudah bengkok tayar sudah kembung.. ade crack sikit..

en asben g kelas tengahari terus g kedai tayar kat Jitra. Ingatkan boleh siap cepat. Esok baru siap..mean hari entry ini ditaip. Aduh! Camana? Sanggupkah aku membawa kancil en asben meredah hujan belantara sambil mengelap cermin akibat ketiadaan ekon? Kesimpulannya hari ni kami anak beranak akan mengikut dia ke Jitra untuk ambil tayar atas ketidak sanggupanku bersusahpayah membawa kancil itew.

Makanya aku dengan muka seposen akan memujuk rayu en boss untuk balik awal. oh adakah? harap2 dapat..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s