Puasa dan Pasar Ramadhan..

Diam tak diam dah masuk hari ke 8 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah..aku mampu dan rasa kuat utk habiskan 7 hari yang lepas. Ada lagi 23 hari untuk aku lalui. Harap2 aku mampu dengan keadaan kandungan aku yang hampir mencecah 8 bulan.

Anak aku Amir dapat jugak berpuasa 2 hari. Aku bangga tak terkata. Maklumlah baru umur 4 tahun lebih dah boleh puasa. Aku dulu dah 7 tahun baru belajar..hehehe..

Kisah pasar ramadhan pulak.. Hari ke-4 puasa, kami sekeluarga balik ke Perlis selepas 3 hari berbuka di kampung suami aku di Perak. On d way nak balik tu singgahlah di Gurun, Kedah beli sikit sebanyak kuih muih dan lauk utk dibawa kerumah ayah aku. Maklumlah, ayah aku ni bujang. Sah2 dia beli utk dia saja. Anak aku pulak puasa. Macam2 kuih dia nak. Aku ikut jer..kesian punya pasal.

Selesai shopping, masuk jer lam kereta, suami aku dah komplen. Ayam panggang besar separuh tapak tangan je dan RM3.50. Perghhh..nih nak cari rezeki halal ke nak cekik darah. Sah2 suami aku dah reject pasar ramadhan situ.. Aku diam jer. Taknak tambah dosa masa puasa.

Sampai Perlis dah dekat sangat nak berbuka. Aku sempat buat air mangga je. Mujur gak bawak jus siap2. Kalau tak berbuka ngan ‘sky juice’ je lah…
Sesambil suap sikit2 aku bukak murtabak yang aku beli. Memang kegemaran aku dari zaman persekolahan dulu lagi. Aku beli 2 keping perasa ayam. Tengok pencicahnya ada 1 jer. Terus rasa frust. Dahlah kuah cicah tu sikit jer. Automatik mulut aku doakan peniaga tu tak untung sepanjang ramadhan. huh! kejamnya doa aku… tapi geram punya pasal. Taulah nak untung pun tapi jangan menipu pengguna.

Keesokannya, aku dan suami pergi ke pasar ramadhan di Simpang Empat, Perlis. Memula cadangnya nak naik motor jer. Tapi hujan pulak.. Kenalah naik kereta…

Ingatkan makanan kat Perlis murahlah.. Murtabak disini RM2.00! Ingatkan RM2.50 di kampung mertua aku tu dah mahal..rupanya jadi standard harga. Dunia sekarang. Kesian anak2 aku esok. Nak makan murtabak maunya RM5 sekeping.
Kuih muih tu oklah..masih ada yang 4 seringgit.

Semalam aku g pulak ngan anak aku kat pasar ramadhan Taman Ria, Sg Petani. perghhh..kuih muih semua 3 seringgit. perghhh..dahlah standard size.. bak kata kawan aku dulu, saiz taik lalat..hikhikhik… apa pun aku janji ngan diri aku esok dah tak nak beli kuih. baik beli pisang buat cekodok. murah sikit. save budget. setakat murtabak boleh dibeli. masih murah RM1.50 sekeping.

Apapun kalau ditakdirkan aku jadi peniaga esok2, aku harap aku akan jadi peniaga yang telus. Tidak harapkan untung berganda tapi pelanggan lari. Dan aku harapkan semua peniaga yang ada sekarang fikirkan macam aku. Biar apa yang dijual berkualiti dan dapat pulangan yang halal daripada dimaki hamun di belakang…Amiiinnnnn!!!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s