Semalam yang panjang..

Semalam lepas tolong husband aku buat tutorial dia (satu soalan jer yang aku mampu buat, pastu mengantuk, ajak dia tido..hehehe), aku mula bersiap-siap untuk tido. Anak aku dah lelap. Kesian Amir.. selalu tido sorang2. Jarang aku dapat temankan dia sampai tertido. Tambahan pulak sekarang dengan ayahnya yang mintak tolong ajar sebab sambung study. Pastu gatal nak tambah duit raya dengan terima tempahan kuih raya.. Adeh… Harap-harap anak sulung aku nih faham keadaan emak dan ayah dia…
Apa punya melalut aku nih…
Sebenarnya nak cerita.. pas tido semalam, kejap-kejap aku terjaga. Sekejap-sekejap terjaga. Aduh.. Tiba-tiba pulak rasa lapar. Teringat jugak nak bangun tengok rancangan kegemaran aku tapi malas telah menang menguasai diri. Akhirnya aku tertido dengan lelap. Tapi terjaga juga sekali, sayup2 terdengar kokokan ayam jantan aunty kat belakang rumah aku ni (aku cukup marah dengan ayam ni suka sangat menceroboh). Tetiba kaki aku kejang. Arghhh… Aku ngerang tapi husband aku tido mati. Takpelah..dia letih kot. Aku tarik selimut bila kaki aku dah normal. Sambung tido…ZZZzzzzzz….
Sedar-sedar dah pukul 7.15 pagi… Arrgggggghhhhh!!! Apalagi, kalutlah aku. Dahlah berjanji ngan anak nak buat roti telur untuk buat bekal..
Mujur semua siap ontime. Sempat jugak aku mengendong biskut raya untuk hantar kat customer… Moga2 rezeki aku bertambah hari ni…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s